"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li desak MT Umno mesyuarat tergempar tolak Muhyiddin

MALAYSIA DATELINE

Tengku Razaleigh Hamzah mendesak Majlis Tertinggi Umno mengadakan Mesyuarat Tergempar bagi membuat keputusan agar kesemua ahli-ahlinya memutuskan kerjasama dengan parti Bersatu.

“Majlis Tertinggi mesti mengadakan Mesyuarat Tergempar memutuskan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan parti Bersatu

“Langkah ini perlu dibuat bagi mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian Umno,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu merujuk kepada resolusi yang diputuskan dalam mesyuarat bahagian Umno Januari lalu.

Beliau juga meminta semua pemimpin Umno wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua Kerajaan Perikatan Nasional.

“dan meminta Ahli-ali Parlimen daripada semua parti parti Komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen di panggil bersidang dalam bulan Mach ini (March 2021),” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Tengku Razaliegh mengadakan sidang media dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak semua pihak menolak kepimpinan Muhyiddin.

Sebelum ini, dua MP Umno telah menyatakan mereka tidak lagi menyokong Muhyiddin selaku perdana menteri. Ini menyebabkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hanya disokong 109 ahli Parlimen, kurang separuh dari 222 ahli Dewan Rakyat.

Namun, sebaik sahaja Yang Dipertua Agong menitahkan Parlimen boleh bersidang semasa darurat, Muhyiddin menerima sokongan dua MP dari PKR, menjadikan PN mempunyai majoriti semula.

Hanya melalui tindakan Umno, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin boleh jatuh kerana selama ini Umno yang menongkat kerajaan PN yang ada.

Jika Ku Li berjaya membuatkan Umno menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin bermakna kerajaan Muhyiddin akan jatuh.

Tiada ulasan: