"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kebanyakan rakyat dewasa mahu Muhyiddin letak jawatan

MALAYSIA DATELINE

Kebanyakan orang tua (umur lebih 50 tahun) di negara ini, merasai Tan Sri Muhyiddin Yassin patut meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Demikian dapatan yang diperolehi oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang bertanya 8,352 individu dalam kajian yang dibuat oleh mereka.

“Sentimen paling kuat di kalangan mereka yang berusia di atas 66 iaitu 64 peratus, sementara 47 peratus dalam kumpulan berusia 60 hingga 65 tahun mahu beliau mengundurkan diri sebelum pilihan raya berikutnya.

 “Sentimen menggesa beliau berhenti adalah sekitar 57 peratus dalam kumpulan berusia 50 hingga 59 tahun,” kata IDE dalam satu kenyataan hari ini.

Kajian mereka juga menunjukkan bahawa hanya dua daripada 10 rakyat Malaysia mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sehingga penggalnya berakhir.

Tinjauan yang dilakukan oleh IDE mendapati hanya 19 peratus daripada 8,352 individu yang ditanya percaya pemimpin Bersatu itu patut bertahan hingga pilihan raya berikutnya.

Sebanyak 46 peratus responden pula berkata, Muhyiddin patut meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Undian yang dilakukan secara dalam talian dari 19 Februari hingga 28 Februari itu juga menunjukkan 29 peratus mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baharu sementara 2% berkata beliau patut mengekalkan darurat untuk terus berkuasa.

IDE adalah badan pemikir pilihan raya yang terletak di bawah kerajaan negeri Selangor.

Muhyiddin menyambut tahun pertamanya sebagai perdana menteri semalam selepas membawa partinya keluar daripada gabungan Pakatan Harapan dan menarik 10 ahli Parlimen PKR daripada parti itu.

Tiada ulasan: