"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga ADUN AMANAH dapat tawaran bertanding di kerusi PKR?

AMNI JAGAT 

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, tindakan tiga wakil rakyat parti itu menyertai PKR bermatlamat ke arah mencari peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani itu berkata, muncul khabar angin yang menyatakan mereka bertiga ditawarkan kerusi di beberapa kawasan di negeri itu.

“Seperti mana yang kita maklum, terdapat tawaran kepada mereka untuk bertanding di kerusi yang bakal ditandingi atas tiket PKR,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Mohd Said Jonid mengakui telah menyertai PKR.

Sehubungan itu, Aminolhuda berpendapat PKR tidak patut menerima tiga ADUN terbabit bagi mengekalkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Ini akan menimbulkan pelbagai persepsi sesama komponen dalam PH dan itu seharusnya diterima dengan jiwa yang besar oleh PKR itu sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memberitahu pihaknya masih belum mendapat surat rasmi daripada ketiga-tiga ADUN terbabit untuk meninggalkan AMANAH.

Tiada ulasan: