"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak kambing muka manusia (Gambar)

Hmetro 

Agensi

ANAK kambing yang mempunyai sifat seperti manusia (kiri) dan  penduduk melihat anak kambing yang mati itu (kanan). FOTO agensi

ANAK kambing yang mempunyai sifat seperti manusia (kiri) dan  penduduk melihat anak kambing yang mati itu (kanan). FOTO agensi

Gujarat: Seorang petani di India terkejut apabila melihat anak kambing yang baru dilahirkan memiliki rupa paras dan sifat lengkap persis manusia.

Times Now News melaporkan kambing yang dilahirkan 9 April lalu di Seltipada, Songadh City, daerah Surat itu turut mempunyai janggut dan tiada ekor.

Berita mengenai kelahiran luar biasa anak kambing itu tular di media sosial dan menggemparkan orang ramai.

Petani itu, Ajaybhai Vasana berkata, ibu kambing itu tidak menunjukkan sebarang keganjilan sepanjang tempoh membuntingkan anaknya itu.

Katanya, dia perasan mengenai sesuatu yang pelik pada anak kambing itu ketika merawat ibu kambing.

Dalam rakaman video berdurasi 15 saat anak kambing itu terbaring dan dibaluti kain.

Namun, dilaporkan haiwan itu hanya mampu bertahan 10 minit selepas dilahirkan sebelum mati.

Walaupun kebanyakan warganet beranggapan kelahirannya itu berpunca daripada mutasi genetik namun penduduk setempat menganggap ia sebagai Tuhan mahupun jelmaan nenek moyang mereka.

Oleh itu, mereka mengebumikan anak kambing itu dengan mengadakan upacara khas keagamaan bagi memberi penghormatan kepadanya.

Tiada ulasan: