"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Netizen ‘sekolahkan’ Hadi selepas anggap PH tidak mampu tunai manifesto

FAZLI RADZI

Hanya dalam tempoh tiga jam, ruangan komentar di Facebook rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibanjiri cemuhan dan sindiran.

Reaksi netizen itu selepas Hadi menyelar Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bila-bila masa sahaja akan diadakan.

“Pakatan Harapan hanya indah khabar dari rupa dengan manifesto yang tidak mampu dikotakan,” katanya berserta poster yang dimuatnaik tengah hari tadi.

Susulan itu, orang ramai dilihat menempelak kenyataan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkenaan termasuk mengaitkan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang merampas mandat rakyat.

“Kerajaan hari ini tidak perlu fikir nak tunaikan manifesto sebab jadi kerajaan masuk ikut atap. Menteri dan duta makan gaji buta bertaraf Menteri ada banyak masa ke sana ke sini dengan rasa bangga tanpa rasa berdosa dan takut kepada balasan Allah,” sergah Saili Ismail.

Sementara itu, Hanafi Zakaria pula berpendapat pengundi sedang memerhati kerajaan PN pada masa ini khususnya Pas yang ketika pembangkang lantang menyuarakan pelbagai isu termasuk kempen Buy Muslim First (BMF), anggota bomba Allahyarham Adib, pemandu mabuk, kilang arak, judi dan cukai.

“Sekarang apabila dah jadi sebahagian kerajaan, senyap pula. Semua isu hilang macam tidak pernah disebut pula. Jangan berasa selesa sangat dengan apa yang ada sekarang,” katanya.

Untuk rekod, Pas pada masa ini menyumbang 18 kerusi Dewan Rakyat dalam kerajaan PN yang sedang menyaksikan pertelagahan Umno-Bersatu.

Tiada ulasan: