"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahiaddin ‘keluar fatwa’ haram undi calon PH di Pulai

SITI NUR ZAWANI 

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin tiba-tiba mengeluarkan “fatwa” yang menjatuhkan hukum haram jika pengundi mengundi calon Pakatan Harapan di Parlimen Pulai.

Beliau menggesa agar undi tidak diberikan kepada bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat yang bertanding di Parlimen tersebut mewakili PH.

“Jangan bagi satu undi (kepada Suhaizan). Saya bagi hukum haram.

“Ada esok yang cabar saya ni (persoal saya) ikut fatwa mana. Tak boleh..kerana situasi sepanjang 9 bulan ini, adalah ujian.

“Macam soal kenaikan harga barang.. Jadi sebab itu waktu PRK ini kita tunjukkan pada Anwar Ibrahim bahawa kami yang ada di Pulai akan tentang habisan Anwar Ibrahim

“Dan tidak akan memberi satu pun undi kepada pihak parti yang menentang calon PN. Boleh tak?,” beliau berucap demikian pada Ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari, Johor Bahru malam tadi.

Tegasnya, kemenangan calon PH hanya akan mengukuhkan lagi kestabilan Kerajaan Perpaduan dan perkara itu tidak boleh diberikan peluang sama sekali

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Suhaizan, calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar serta seorang calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan kerusi yang ditinggalkan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Parlimen Pulai mempunyai seramai 167,108 pengundi.

Tiada ulasan: