"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Pengarah J-KOM, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof rehat dari Facebook, banyak sangat ‘hantu’

HarapanDaily.com
 
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof memaklumkan beliau berehat daripada menggunakan Facebook (FB).

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas nasihat pasukan teknikal ekoran akaun FB beliau diganggu penggodam yang digelarnya ‘hantu’.

“FB saya ada masalah. Banyak sangat hantunya. Hantunya bukan netizen yang kuat mengomen, tetapi mereka yang cuba hack FB saya.

“Oleh itu, atas nasihat pasukan teknikal, saya rehat dahulu dari berFB.

“Pasukan teknikal saya hendak buat pembersihan kepada beberapa nama yang tidak ada profil jelas,” katanya sebentar tadi.

Agus yang juga bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa mulai 2 Februari lalu.

Mengulas lanjut, beliau dalam masa sama memberitahu tetap berkawan dengan pihak yang lantang mengkritik dengan syarat mempunyai profil lengkap di akaun Facebook.

Beliau bagaimanapun masih giat di platform lain seperti TikTok dan Instagram.

Tiada ulasan: