"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi Awang betul tak sihat atau berbohong nak elak disiasat?

SITI NUR ZAWANI 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dipersoal adakah beliau menipu pihak berkuasa tentang status kesihatannya hanya kerana mahu mengelak dari disiasat pihak polis.

Ini selepas beliau pada semalam telah mengadakan kunjungan ke kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tiga lagi menteri besar Pas dan Setiausaha Agung mereka.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, tindakan Abdul Hadi itu dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa.

“Adakah Abdul Hadi menipu pihak polis bagi mengelak dari disiasat? Tindakan Hadi jelas dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa.

“Sampai bila Abdul Hadi boleh terus menipu untuk mengelak dari disiasat pihak polis seolah beliau akan mati esok hari.

“Saya berharap pihak polis tidak lagi tertipu dengan taktik lapuk Hadi bagi mengelak diaiasat pihak berkuasa kerana dalam ucapan beliau jelas mempertikai keputusan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan dilihat seolah menentang keputusan institusi Diraja,” katanya dalam satu kenyataan.

Petang semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menangguhkan janji temu untuk mengambil keterangan Abdul Hadi.

Ia susulan kenyataan beliau yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.

Difahamkan, pertemuan berkenaan sepatutnya berlangsung kira-kira jam 4.30 petang semalam 2 September.

Bagaimanapun petang 2 September itu, pimpinan empat negeri Perikatan Nasional (PN) dan pimpinan tertinggi Pas dilapor bertemu Dr Mahathir di kediamannya.

Tiada ulasan: