"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bomba berjaya memujuk wanita kemurungan berkurung dalam tandas

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Ahli keluarga menenangkan wanita yang mengalami masalah emosi dan kemurungan di rumah mereka di Parit 7 Belah Laut, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Ahli keluarga menenangkan wanita yang mengalami masalah emosi dan kemurungan di rumah mereka di Parit 7 Belah Laut, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA
Sekinchan: Wanita yang dipercayai kemurungan bertindak mengurungkan dirinya dalam tandas rumahnya di Parit 7 Belah Laut di sini, sejak semalam berjaya dipujuk dan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi tadi mengenai tindakan wanita berusia 25 tahun.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati wanita itu masih berada dalam tandas.

"Berdasarkan maklumat ibu mangsa, anak perempuannya itu mengalami masalah emosi dan sering kemurungan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk dan membawanya keluar.

"Anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati mangsa dalam keadaan baik namun keletihan.

"Wanita itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tiada ulasan: