"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas Dusuki hina mahkamah, Mujahid mulakan tindakan undang-undang

HarapanDaily.com

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah memulakan tindakan undang-undang terhadap penceramah Pas, Ahmad Dusuki Abdul Rani susulan kenyataan-kenyataan yang mempunyai unsur penghinaan kepada Mahkamah.

Mujahid berkata, siri-siri ucapan Dusuki mutakhir ini bersifat fitnah terhadap beliau berhubung kekalahannya dalam saman fitnah sebelum ini.

“Saya juga mendapati kenyataan-kenyataan Dusuki mempunyai unsur-unsur penghinaan kepada mahkamah apabila Dusuki dilihat bukan sahaja mempertikaikan.

“Malah, memperlekehkan dan memutar belitkan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, Mujahid memberitahu peguam beliau , Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir hari ini telah mengeluarkan Notis Tuntutan kepada pihak Dusuki.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar menuntut Dusuki memadamkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah dan, atau mengelirukan oleh Dusuki tersebut dalam tempoh 48 jam.

Dalam masa sama,Mujahid menuntut Dusuki berhenti memberikan sebarang kenyataan berunsur fitnah dan/atau mengelirukan terhadap beilau.

Selain itu, Dusuki juga dituntut membayar gantirugi berjumlah sejuta ringgit kepada beliau.

“Sekiranya Dusuki gagal mematuhi tuntutan-tuntutan saya, saya tidak teragak-agak akan teruskan dengan tindakan mahkamah terhadap Dusuki, termasuk prosiding menghina Mahkamah,” kata Mujahid lagi.

Tiada ulasan: