"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Majlis kahwin pasangan songsang bertukar huru-hara, ada tetamu dicabul kaum sejenis

KIM SYAZIE

Sebuah majlis perkahwinan pasangan songsang menggemparkan masyarakat setempat selepas ia diraikan besar-besaran oleh tetamu yang kesemuanya bernafsu songsang.

Dalam kejadian di bandar selatan Ekpan di Warri, Delta, Nigeria, dilaporkan bahawa perkahwinan itu bertukar huru hara selepas pihak berkuasa menyerbu lokasi yang menganjurkan acara meraikan perkahwinan pasangan gay dan menahan 67 suspek yang terlibat.

Jurucakap pihak polis Delta, Bright Edafe, dalam satu kenyataan berkata pada mulanya 200 individu ditahan berikutan maklumat awam berhubung perkahwinan itu, namun sebahagian besarnya dibebaskan.

Maklumat mengenai perkahwinan itu diperoleh hasil siasatan polis terhadap seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita pada 27 Ogos lalu.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu tidak dinyatakan maklumat terperinci masa serbuan itu dilakukan.

“Pegawai polis mengejar dan menahan sejumlah 67 suspek kerana mengatur dan menghadiri majlis perkahwinan sejenis tersebut

.”Siasatan lanjut mendedahkan ada seorang tetamu mabuk yang ketika ditahan, disyaki sudah menjadi mangsa cabul oleh seorang suspek yang masih diburu pihak polis,” kata Bright memetik Reuters

Bright menambah, mereka yang ditangkap akan didakwa tidak lama lagi di mahkamah.

Di Nigeria, seperti di kebanyakan negara Afrika, hubungan homoseksual tidak diterima dan undang-undang anti-gay dikuatkuasakan sejak 2013 lagi.

Berpakaian bertentangan jantina tidak menyalahi undang-undang di negara itu tetapi perbuatan itu cenderung tidak diterima secara sosial.

Undang-undang anti-gay di negara itu termasuk hukuman penjara sehingga 14 tahun bagi mereka yang disabitkan bersalah dan melarang perkahwinan gay, hubungan sejenis dan penubuhan keahlian kumpulan gay.

Tiada ulasan: