"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan bedah siasat, toksikologi kes bunuh Suri Narudin 6 Mei depan

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
Zainizan yang berdepan pertuduhan membunuh Suri Narudin dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Zainizan yang berdepan pertuduhan membunuh Suri Narudin dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Rembau: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 6 Mei depan untuk sebutan semula kes seorang lelaki dituduh membunuh Suri Narudin, wanita yang mayatnya ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah di Rembau, Negeri Sembilan, Disember lalu.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi yang sebelum itu memaklumkan laporan penuh hasil bedah siasat dan toksikologi kes berkenaan belum diperoleh untuk diserahkan pada prosiding hari ini.

Terdahulu, tertuduh, Zainizan Zainal, 52, yang memakai baju T putih tiba di mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki van polis.

Lelaki itu kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 26 Disember lalu atas pertuduhan membunuh Suri Narudin, 53.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh wanita itu di belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi, di sini, antara 7 Disember hingga 18 Disember lalu.

Laporan media sebelum ini, memetik Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, mayat yang ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang rumah terbabit dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Disember 2025.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

Tiada ulasan: