"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ha ha ha oh Malaysia ku: 46 warga asing dicekup guna MyKad palsu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sebanyak 46 warga asing ditahan dalam serbuan Ops Roda di sebuah kilang di Bukit Raja kerana disyaki menggunakan MyKad palsu serta dokumen milik individu lain untuk bekerja, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Penguatkuasaan JPN Mazhad Abdul Aziz, berkata semua ditahan merupakan warga Indonesia dan Filipina berumur 20 hingga 45 tahun, dipercayai mendapat dokumen palsu melalui ejen untuk bekerja secara haram.

“Dalam operasi ini, sebanyak 136 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 46 warga asing terdiri daripada 25 wanita dan 21 lelaki disyaki menggunakan dokumen tidak sah menyebabkan mereka ditahan.

“JPN kini sedang mengesan dan mengenal pasti ejen terlibat untuk tindakan lanjut termasuk kemungkinan wujud rangkaian sindiket mengurus kemasukan serta penempatan pekerja asing menggunakan dokumen palsu,” katanya menurut Bernama pada sidang media di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang.

Mazhad berkata, operasi hasil risikan selama sebulan dijalankan bersama imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) itu berdepan cabaran apabila beberapa pekerja cuba melarikan diri serta bersembunyi dalam kotak untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Tiada ulasan: