Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Tangkak: Perjalanan sebuah bas henti-henti ke bandar Muar tergendala seketika apabila seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di Bukit Gambir di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu bas berhubung seorang wanita didapati tidak sedarkan diri di tempat duduk jam 10.45 pagi.
Menurut Roslan, siasatan mendapati mangsa berusia 64 tahun menaiki bas terbabit dalam perjalanan ke Muar.
"Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Gambir dihubungi dan pemeriksaan mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.
"Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Tangkak dan laporan bedah siasat mendapati wanita terbabit meninggal dunia akibat masalah jantung," katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, Roslan berkata, polis meminta orang ramai mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran ataupun bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9785222 bagi melengkapkan siasatan.
"Pada masa sama, IPD Tangkak merakamkan ucapan takziah kepada mangsa atas pemergian ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan