"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki campak anak kucing ke dinding dobi, dijel enam bulan

KOSMO!
Tertuduh ketika ditangkap sehari selepas kejadian.
KAJANG – Seorang lelaki yang tular dalam kes mendera dengan mencampakkan anak kucing ke dinding sebuah dobi, menangis teresak-esak apabila dihukum penjara selama enam bulan, selepas dia gagal membayar denda RM60,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Khainur Aleeza Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang juga
penganggur, Toh Teck Hooi, 49, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mendera anak kucing jantan berwarna hitam dengan kejam iaitu mencampaknya ke dinding dan tilam berulang kali, di sebuah dobi di Taman Kajang Prima, pukul 3.30 hingga 4 pagi pada 2 April lalu.

Justeru lertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 29(1) akta sama.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Mohd. Sharif Sabran, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memuat naik video berdurasi selama 59 saat, di aplikasi sosial miliknya, memaparkan kesalahan berkenaan.

Sehari kemudian, Pegawai Kebajikan Haiwan, JPV Selangor menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal ke atas anak kucing tersebut mendapati, kaki kanan belakang disyaki tercedera kerana ia menunjukkan tanda-tanda tidak selesa apabila disentuh. Ia juga kelihatan tidak aktif dan kurang bermaya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: