"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja perempuan 17 tahun maut dihempap alang kayu tokong

MOHD YUNUS YAKKUB
Keadaan alang kayu yang jatuh di lokasi kejadian di Tanjong Sepat Kuala Langat.
KUALA LANGAT – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut selepas dihempap sebatang alang kayu sebuah tokong di Tanjong Sepat di sini semalam.

Kejadian menimpa mangsa diketahui pukul 8.34 malam selepas polis menerima panggilan daripada Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat memaklumkan mengenai kematian mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa ke tokong tersebut bersama ahli keluarganya.

“Berdasarkan maklumat, mangsa maut dihempap sebatang alang kayu sebuah tokong dengan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian tersebut tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: