"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 suspek gaduh di pusat hiburan ditahan polis

Harian Metro 

Miri: Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di pusat hiburan di Marina Phase 2, di sini.

Ketiga-tiga suspek berusia 29, 32 dan 33 tahun itu ditahan secara berasingan, 14 September lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri mengesan video berdurasi tiga minit tujuh saat yang dimuat naik di Facebook, kira-kira 5 petang pada hari sama.

Katanya, rakaman itu memaparkan sekumpulan lelaki terbabit dalam pergaduhan di dalam pusat hiburan berkenaan.

"Susulan penemuan video itu, satu laporan polis dibuat BSJD Miri pada jam 5.54 petang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Hasil risikan dan tindakan pantas, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 32 dan 33 tahun kira-kira jam 9.50 malam, manakala seorang lagi lelaki berusia 29 tahun ditahan kira-kira jam 11 malam," katanya dalam kenyataan.

Ketiga-tiga suspek kini direman selama dua hari sehingga esok r bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Tiada ulasan: