"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Identiti dua wanita maut, kes Myvi terbakar dikenal pasti

Alias Abd Ran
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta.- Foto JBPM
BATU PAHAT: Dua wanita maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbakar susulan kemalangan dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, pemandu kereta, Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, 22, dan penumpangnya, Siti Nurmaisarah Abd Jalil, maut selepas dipercayai terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.25 petang.

“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kebakaran kereta berlaku akibat kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan, iaitu Perodua Myvi dan sebuah lori.

“Perodua Myvi itu terbakar kira-kira 80 peratus, manakala dua mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

“Tiga individu lain, iaitu pemandu dan penumpang lori, terselamat dalam kejadian itu.

“PKO menjalankan kerja pemadaman menggunakan salur bantu mula dan air daripada tangki jentera sebelum mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan. 

Tiada ulasan: