"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peneroka maut ditetak dengan kapak

MASTURAH SURADI
ANGGOTA polis sedang melakukan siasatan ke atas lelaki yang dipercayai mati ditetak dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, malam ini. Foto IHSAN PENDUDUK
​KOTA TINGGI – Seorang peneroka Felda maut selepas dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian amuk di Felda Lok Heng Selatan, di sini, malam ini.

​Penduduk mendakwa insiden berdarah tersebut berlaku sejurus selepas maghrib kira-kira pukul 7.30 malam berhampiran kawasan kediaman suspek.

“Suspek dipercayai mengamuk di tepi jalan dan memiliki senjata tajam dipercayai sebilah kapak, menyebabkan penduduk tidak berani mendekati lokasi kejadian.

​”Kejadian berlaku di tepi jalan berdekatan rumah suspek. Orang kampung tidak berani masuk campur kerana lelaki itu memegang kapak dan seolah-olah sedang mengamuk,” kata satu sumber ketika dihubungi, di sini.

​Menurut sumber itu, selepas menyerang mangsa, suspek segera beredar dari lokasi kejadian dengan menunggang sebuah motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman mengesahkan kejadian dan memaklumkan, kenyataan rasmi berhubung kes tersebut akan dikeluarkan esok berikutan siasatan masih berjalan.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: