"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Sumbat lapan PATI dalam Myvi sewa, demi upah RM450

ROHANA MOHD. NAWI
Warga Myanmar yang ditahan di hadapan SK Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat.FOTO IHSAN PGA.
TUMPAT – Demi upah RM450 bagi satu trip, seorang ‘transporter’ sanggup menyumbat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi warga Myanmar dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi, kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh penghadang jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan(SK) Neting, Pengkalan Kubor, di sini.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, kereta tersebut dinaiki masing-masing tiga lelaki dan lima perempuan Myanmar termasuk bayi sembilan bulan terserempak dengan anggotanya di Jalan Tali Air, Kampung Neting, di sini.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, pemandunya kereta sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. Anggota PGA mengarahkan pemandu kereta terbabit supaya keluar sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Pemandu kereta terbabit cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Pasukan kita menahan tiga lelaki Myanmar dan lima perempuan Myanmar yang berusia antara sembilan bulan hingga 34 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd.Radzi berkata, pemandu kereta mengaku dia mengambil upah sebagai ‘transporter’ membawa PATI dengan bayaran RM450 untuk satu trip.

“Pemandu terbabit memaklumkan dia menyewa kereta itu bagi tujuan menyeludup Pati untuk dihantar ke stesen bas di Melor, Kota Bharu.

“Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut. Hasil semakan, pemandu kereta terbabit mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: