"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'

Nigel Aw
deepak 110113 02Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia memerintah.
"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.

"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."

Gambar HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara.

Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.

Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.

Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut.




Gambar-gambar sekitar Countdown #KL112 di Kampung Baru

Blog Telok Bakong Online