"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kes isteri curang dicekup suami ketika sedang buat projek dengan jantan lain (Gambar)

124
BESUT: Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. 
-sinarharian-

Gambar budak dukung adik 500m selepas ditinggalkan pencuri kereta ibu


Puchong: “Saya terkejut apabila melihat mangsa (Naqiuddin) berjalan kaki sejauh lebih 500 meter sambil mendukung bayi dalam keadaan hilang arah berhampiran kawasan kilang,” kata seorang juruteknik, Muhammad Rosdan Samat, 44, yang menemui dua beradik itu di hadapan tempat kerjanya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kedua-dua beradik terbabit ‘dibuang’ penjenayah di kawasan Taman Perindustrian Puchong di sini, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka dilarikan.

“Saya bersama seorang lagi rakan sekerja, ketika itu baru memulakan tugas sebelum melihat mangsa keletihan sambil mendukung adiknya.

“Dia ketika itu turut berpakaian baju sekolah dan menggalas beg.

Walaupun nampak penat, namun dia tetap mendukung dan memeluk adiknya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Menurutnya, dia bersama rakan setugas, Muhammad Kassim Mian, 58, kemudian segera memanggil mangsa sebelum bertanya arah tujuan kanak-kanak itu.

“Dia menjawab ibunya berada di rumah pengasuh dan keretanya dilarikan orang.

“Mulanya saya ingin melaporkan terus kepada polis, namun rakan saya kemudian membuka beg sekolah Naquiddin sebelum melihat buku latihan sekolahnya beralamat di Puchong Perdana tidak jauh dari kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.

Rosdan berkata, mereka kemudian menghantar dua beradik itu ke sekolah KAFA Integrasi Madrasatul Ikhwan Taman Puchong Perdana di sini, sebelum mendapati orang ramai dan polis berkumpul di sekolah.

“Kami menyerahkan dua beradik kepada ibunya.

Saya dapati ibu kanak-kanak itu hampir pitam selepas mendapati kedua-dua anaknya itu berjaya ditemui semua,” katanya.

Cara pelik membela Islam?

MOHAMED HANIPA MAIDIN 
SEORANG ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) telah dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak-hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.
Beliau juga telah memberi komentari ke atas kitab al Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah yang beragama Islam.

Ia pelik jika kita belajar Islam dari Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Muqaddimah itu sengaja saya lontarkan di sini supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

Wahai Ruslan bacalah al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia? Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari 2014 yang meramPAS 300 buah naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

Alasan ramPASan itu adalah penggunaan kalimah Allah dalam bible tersebut adalah melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 . Antara lain menurut seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut, seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan sekiranya ia menerbitkan kata-kata di dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut bagi tujuan "menyatakan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, aktiviti, cara atau apa yang berkaitan dengan agama bukan Islam".

Perkataan Allah termasuk dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut. Berdasarkan Enakmen tersebut mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu pendakwaan akan dilakukan oleh Pendakwa Raya iaitu Peguam Negara. Pihak Peguam Negara telah memutuskan tiada kesalahan dilakukan di bawah Enakmen tersebut dan tiada pendakwaan akan dilakukan ke atas mana-mana orang.

Dengan ketiadaan pendakwaan itu maka di sisi undang undang dan juga logik, pihak JAIS sewajarnya memulangkan kembali 300 bible yang diramPAS itu. Malangnya JAIS tidak mahu memulangkan kembali. Meskipun PAS tidak terlibat dengan tindakan JAIS tersebut, pelbagai kritikan di laman sosial menghentam PAS sehingga ada yang menyatakan jika PAS memerintah Malaysia inilah yang PAS akan lakukan (macam JAIS lakukan).

Kami empat orang Ahli Parlimen PAS dari Selangor mengambil keputusan membuat sidang akhbar bagi membetulkan fakta dan memberikan pandangan kami. Tujuan utama kami membersihkan nama PAS. Antaranya kami nyatakan PAS tidak terbabit dalam insiden ini dan tidak adil menyalahkan PAS.

Keduanya tindakan JAIS yang tidak mahu memulangkan semula rampasan dalam keadaan Peguam Negara menyatakan tiada kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar di sisi undang undang dan Islam itu sendiri.

Ketiganya mungkin sudah sampai masanya kuasa eksekutif JAIS atau MAIS dikaji semula dan kami menyerahkan kebijaksanaan Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan perkara tersebut. Saya juga menambah bahawa dalam kes sensitif seperti ini sepatutnya JAIS memilih kaedah rundingan dan dialog daripada menceroboh dan merampas bible di premis orang.

Berita tentang kenyataan akhbar kami berempat itu lebih ditonjolkan tentang isu melenyapkan kuasa eksekutif JAIS dan MAIS, maka Utusan dan Perkasa memulakan serangan ke atas kami berempat dari situ. Pada masa artikel ini ditulis sudah ada seruan untuk memenggal kepala mereka yang menghina Islam dan nama-nama kami disebut oleh seruan tersebut.

Secara jujur saya tidak berasa apa-apa dengan amaran atau kecaman itu kerana saya percaya kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tetap berpegang pada pendirian bahawa JAIS mesti memulangkan rampasan bible itu, meskipun datangnya 100 ancaman memenggal kepala dari Perkasa. Dari segi perundangan saya sependapat dengan Peguam Negara iaitu tiada kesalahan dilakukan oleh Persatuan Bible Malaysia di bawah seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut atau mana mana seksyen lain di Enakmen tersebut. Malahan saya berani menyatakan seksyen 9 (1) (a) Enakmen itu adalah ultra vires atau bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Harus diingat, Enakmen tersebut adalah digubal menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang undang bagi mengawal penyebaran dokrin atau agama bukan Islam ke atas orang orang Islam.

Perkatan yang penting di sini adalah penyebaran kepada orang Islam. Hanya penyebaran yang tidak dibenarkan dan itu pun jika ia disebarkan kepada orang Islam. Persoalannya bagaimanakah penerbitan nama Allah dalam bible yang hanya akan digunakan ke atas orang orang Kristian sahaja adalah dikira satu penyebaran agama atau doktrin bukan Islam kepada orang Islam.

Hanya kerana kewujudan kalimah Allah di dalam bible al-Kitab atau Bup Kudus ia bukan satu kesalahan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan maka apabila seksyen 9 (1) (a) menjadikan ia suatu kesalahan adalah jelas bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Ia hanya satu kesalahan jika bible yang berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah itu terbukti tersebar dalam kalangan orang Islam. Malahan jika bible berbahasa Melayu itu disebarkan kepada orang orang Islam ia tetap salah meskipun nama Allah tidak digunakan di dalam bible Melayu itu. Jadi isunya di sini adalah isu penyebaran bukan isu nama Allah. Seksyen 9 (1) (a) Enakmen yang menjadikan penggunaan kalimah Islam seperti Allah oleh bukan Islam adalah satu kesalahan adalah bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melampaui kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Tindakan JAIS merampas di bawah seksyen 9 (1) (a) Enakmen yang ultra vires Perlembagaan juga secara automatik tidak sah dan melanggar Perlembagaan. Dalam keadaan ini mengaku kesilapan adalah tindakan mulia yang kita tunggu daripada JAIS.