"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jaga jangan pahala puasa terbatal

TUAN IBRAHIM TUAN MAN 
Wahai anakku,
Di bulan mulia ini, janganlah engkau hanya menjaga puasa jangan batal, sebaliknya engkau kena jaga jangan pahala puasa terbatal, disebabkan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.

Wahai anakku,
Puasa bermakna menjaga mata engkau dari melihat perkara yang diharam, menjaga telingamu dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kaki dan tanganmu dari melakukan amalan bertentangan syarak.

Kamu juga kena menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, dan menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah. Masihkah kau ingat perbezaan air liur madu dan racunmu? Bulan mulia ini adalah bulan yang paling mudah untuk engkau menghayati teori itu sepenuhnya.

Wahai anakku,
Sabda Rasulullah s.a.w: "Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga.”

Semoga puasamu diterima Allah.

Selamat berpuasa. Senyum.

Bintang Piala Dunia Berpuasa Ramadan Pada Aksi 16 Terbaik

Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.
KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yang akan memilih lapan daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing.

Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan.

Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat.

Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yang teribat dalam saingan Piala Dunia.
Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.
Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia.

Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu.

Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Antara pemain terkenal yang akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:
Xherdan Shaqiri (Switzerland)
Moussa Sissoko (Perancis)
Marouane Fellaini (Belgium)
Bacary Sagna (Perancis)
Sami Khedira
Sami Khedira (Jerman)
Vincent Aboubakar (Cameroon)
Mamadou Sakho
Mamadou Sakho (Perancis)
Johan Djourou-Gbadjere (Switzerland)
Suleyman Ali Muntari (Ghana)
Eden Hazard (Belgium)
-mstar-

Sebab pernikahan Sham Kamikaze 16 Januari 2012 tidak sah

Kuang: “Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Saya dan Nurul Halimin akan bernikah semula secepat mungkin,” kata bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham ketika ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.

Sham atau Shamril Mohd Salleh, 38, berkata demikian selepas selesai prosiding apabila mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Nurul Halimin Mohd Salleh, 34, pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah.

Justeru, Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu dibubarkan serta-merta bermula semalam dan persetubuhan antara pasangan terbabit bermula tarikh berkenaan (16 Januari 2012) adalah persetubuhan syubhah (meragukan) serta sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.

Kamarulzaman dalam penghakimannya berkata, ini disebabkan pernikahan pasangan itu yang dijalankan oleh wali hakim adalah tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Foto
SHAM dan Nurul Halimin di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.
“Jika pasangan itu mahu melangsungkan perkahwinan, sepatutnya semua urusan pernikahan diuruskan sendiri dan tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga serta perlu melalui pejabat agama,” katanya.
-hmetro-