"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota tentera tak mengaku cabul pekerja kantin kem

Abdul Rahemang Taiming
bhnews@bh.com.my
Tertuduh, Muhammad Afiq Ikhwan, 23, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan wanita berumur 21 tahun pada 3 Mei lalu. NSTP / Abdul Rahemang Taiming.
Tertuduh, Muhammad Afiq Ikhwan, 23, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan wanita berumur 21 tahun pada 3 Mei lalu. NSTP / Abdul Rahemang Taiming.
TAWAU: Seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan pekerja ibu mentuanya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di sini pada Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Afiq Ikhwan Mohamad Zukhi, 23, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan wanita berumur 21 tahun, di Taman Megah Jaya, di sini, pada jam 5.00 pagi, 3 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Jeffrey Kadisun, mencadangkan jaminan RM10,000 dengan dua orang penjamin tempatan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu saksi dan tertuduh dikehendaki melaporkan diri kepada pegawai penyiasat kes sebulan sekali sehingga kes selesai.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jhassery P. Khang, yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin selain syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa yang juga pekerja kepada ibu mentua tertuduh di kantin sebuah kem tentera di sini dan ketika kejadian tertuduh dikatakan memasuki bilik mangsa yang sedang tidur sebelum mencabul kehormatan wanita itu.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari isteri serta ibu mentuanya. Tertuduh ditangkap kira-kira jam 2 petang pada hari sama susulan laporan dibuat mangsa.

Erdogan: “Netanyahu bukan lagi orang yang boleh kami berbincang”

Agensi

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengesahkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah putus berikutan perlakuan Israel di Gaza.

"Netanyahu bukan lagi orang yang boleh kami berbincang. Dia sudah tiada kena mengena," kata beliau memetik laporan media Turki.

Kenyataan terbaharu Erdogan itu dibuat susulan seminggu selepas Israel menegaskan 'menilai semula' hubungannya dengan Ankara disebabkan retorik Turki yang semakin hangat mengenai perang Israel-Palestin.

Israel sebelum ini dilaporkan memanggil balik semua diplomat dari Turki dan negara serantau lain sebagai langkah keselamatan.

Tentera zionis ketika ini mengepung bandar terbesar di Gaza, cuba untuk menghancurkan Hamas sebagai tindakan balas terhadap serbuan 7 Oktober ke Israel.

Kementerian kesihatan di Gaza, yang dikendalikan oleh Hamas, berkata lebih 9,400 penduduk Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh sejak serangan Israel dan langkah ketenteraan darat yang semakin sengit.

Erdogan turut memberitahu, Turki bagaimanapun, tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

"Memutuskan hubungan sepenuhnya tidak mungkin, terutamanya dalam diplomasi antarabangsa," jelas Erdogan.

Beliau berkata, ketua agensi perisikan MIT, Ibrahim Kalin sedang menerajui usaha Turki untuk mencuba dan menjadi pengantara bagi menamatkan perang.

"Ibrahim Kalin bercakap dengan pihak Israel. Sudah tentu, dia juga sedang berunding dengan Palestin dan Hamas," kata Erdogan.

Namun, tegas Presiden Turki itu, Netanyahu memikul tanggungjawab utama untuk keganasan dan 'sudah kehilangan sokongan rakyatnya sendiri.'

"Apa yang dia perlu lakukan ialah berundur dan hentikan perkara ini," kata 

Polis tahan pengguna media sosial didakwa ugut menteri pendidikan

Bernama

Seorang lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang disyaki pemilik atau pengendali akaun Twitter @syahmisufi8, ditahan di Setapak.

Beliau berkata kes itu masih di peringkat siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan setakat ini, terdapat empat laporan polis diterima berhubung isu yang sama.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama yang melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Bernama