"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 maut helikopter bomba terhempas ke sungai

BHarianonline 

LISBON: Sekurang-kurang empat maut, manakala seorang lagi dilaporkan hilang dalam kejadian sebuah helikopter bomba terhempas ke Sungai Douro, utara Portugal, semalam, menurut pihak berkuasa.

Juruterbang helikopter terbabit yang mengalami kecederaan termasuk patah kaki bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sebuah bot pelancongan berada berdekatan tempat kejadian ketika itu, sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Selain juruterbang itu, helikopter berkenaan membawa sepasukan lima anggota pakar daripada Unit Penyelamat dan Perlindungan Kecemasan (UEPS) ketika ia terhempas di Lamego.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari waktu tempatan ketika helikopter terbabit sedang dalam perjalanan pulang daripada tugasan memadam kebakaran berhampiran Baiao.

Komander Pihak Berkuasa Maritim Nasional, Rui Silva Lampreia, berkata mayat dua mangsa ditemui di dalam helikopter itu yang terputus dua akibat insiden berkenaan, manakala dua lagi mayat dijumpai kemudian berhampiran ekor pesawat terbabit.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang, disambung semula hari ini selepas ditangguhkan pada malam tadi.

Pihak berkuasa perlindungan awam Portugal pula memaklumkan bahawa kesemua mangsa berumur antara 29 hingga 45 tahun itu adalah anggota UEPS bawah 'gendarmerie' nasional.

Jurucakap 'gendarmerie', Mafalda Almeida memberitahu AFP, juruterbang awam yang terselamat dalam nahas itu berumur 44 tahun.

Reuters pula melaporkan punca kejadian masih dalam siasatan, manakala Perdana Menteri, Luis Montenegro yang melawat lokasi terbabit mengisytiharkan Portugal berkabung, hari ini. - AGENSI

Kebakaran kilang bateri ragut 23 nyawa, CEO Aricell ditahan

Bernama

Mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Aricell Park Soon Kwan.
Kebakaran kilang bateri pada Jun lalu yang meragut kebanyakan warga China itu dikatakan akibat kurangnya laluan keluar kecemasan. (Gambar EPA)
SEOUL: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pengeluar bateri Aricell Korea Selatan, ditangkap atas dakwaan pelanggaran keselamatan berikutan kebakaran besar di satu daripada kilang syarikat itu yang meragut 23 nyawa.

Kebakaran berlaku pada Jun di kilang bateri litium Aricell di bandar Hwaseong, kira-kira 45km di selatan Seoul. Kebanyakan daripada 23 mangsa adalah warga China.

Mahkamah mewajarkan keputusannya mengeluarkan waran tangkap terhadap CEO Aricell, Park Soon Kwan, berdasarkan tuduhan serius, termasuk menyebabkan kebakaran akibat kecacatan kualiti dan penggunaan pekerja kontrak yang tidak terlatih dengan secukupnya, lapor Agensi Berita Yonhap pada Khamis.

Syarikat itu juga dituduh melanggar peraturan keselamatan, termasuk kekurangan laluan keluar kecemasan.

Menurut Yonhap, insiden itu merupakan antara kemalangan terburuk di kilang kimia di Korea Selatan.

Pada 1989, 16 orang terbunuh akibat letupan di sebuah kilang kimia di bandar selatan Yeosu.

Lapan orang maut di Cheongju pada 2012 apabila pelarut kimia meletup di kilang milik LG Chem.

Anggota polis cedera diserang suspek dengan gunting pokok

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Anggota polis yang cedera selepas diserang seorang lelaki kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, awal pagi hari ini. FOTO Ihsan polis.
Anggota polis yang cedera selepas diserang seorang lelaki kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, awal pagi hari ini. FOTO Ihsan polis.
Kota Bharu: Seorang anggota polis cedera di kedua-dua belah lengan selepas diserang seorang lelaki dengan menggunakan gunting pokok dalam kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, awal pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian jam 1 pagi itu, ketika sepasukan polis dari Balai Polis Badang termasuk mangsa ke sebuah rumah selepas menerima maklumat berhubung kes khianat.

Katanya, pasukan mahu membuat tangkapan ke atas suspek berusia lingkungan awal 30-an.

"Suspek menyerang polis dengan menggunakan gunting pokok besar.

"Dia mencederakan kedua-dua belah lengan salah seorang anggota. Suspek diarahkan untuk memberi kerjasama dan menyerah diri tetapi lelaki itu bertindak agresif serta menyerang polis," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, untuk mempertahankan diri dan keselamatan awam, polis melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian paha kiri suspek.

Katanya, suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan dan dalam keadaan stabil.

"Suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 5 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 353 KK.

"Lelaki itu juga turut disiasat mengikut Seksyen 324 KK," katanya.