"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis cedera diserang suspek dengan gunting pokok

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Anggota polis yang cedera selepas diserang seorang lelaki kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, awal pagi hari ini. FOTO Ihsan polis.
Anggota polis yang cedera selepas diserang seorang lelaki kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, awal pagi hari ini. FOTO Ihsan polis.
Kota Bharu: Seorang anggota polis cedera di kedua-dua belah lengan selepas diserang seorang lelaki dengan menggunakan gunting pokok dalam kejadian di Kampung Kijang Badang, di sini, awal pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian jam 1 pagi itu, ketika sepasukan polis dari Balai Polis Badang termasuk mangsa ke sebuah rumah selepas menerima maklumat berhubung kes khianat.

Katanya, pasukan mahu membuat tangkapan ke atas suspek berusia lingkungan awal 30-an.

"Suspek menyerang polis dengan menggunakan gunting pokok besar.

"Dia mencederakan kedua-dua belah lengan salah seorang anggota. Suspek diarahkan untuk memberi kerjasama dan menyerah diri tetapi lelaki itu bertindak agresif serta menyerang polis," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, untuk mempertahankan diri dan keselamatan awam, polis melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian paha kiri suspek.

Katanya, suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan dan dalam keadaan stabil.

"Suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 5 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 353 KK.

"Lelaki itu juga turut disiasat mengikut Seksyen 324 KK," katanya.

Tiada ulasan: