"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 Atlet Terima Bayaran Tertinggi Di Dunia 2013

Dari kiri: Floyd Mayweather, Cristiano Ronaldo, LeBron James, merupakan tiga atlet yang menerima bayaran paling tinggi di dunia, seperti yang disenaraikan oleh majalah Forbes.
BERIKUT merupakan senarai majalah Forbes bagi 10 atlet yang menerima bayarang paling tinggi di dunia pada 2013:


1. Floyd Mayweather  (Tinju) 
Jumlah                                  
AS$105 juta(j) (RM337.24j)                                          
Pendapatan
AS$105 juta                                                                                    
Tajaan
AS$0j

2. Cristiano Ronaldo (Bola sepak)
AS$80j (RM256.94j)
AS$52j
AS$28j

3. LeBron James (Bola keranjang)
AS$72.3j (RM232.1j)
AS$19.3j
AS$53m

4. Lionel Messi (Bola sepak)
AS$64.7j (RM207.75j)
AS$41.7j
AS$23j

5. Kobe Bryant (Bola keranjang)
AS$61.5j (RM197.47j)
AS$30.5j
AS$31j

6. Tiger Woods (Golf)
AS$61.2j (RM196.52j)
AS$6.2j
AS$55j

7. Roger Federer (Tenis)
AS$56.2j (RM180.46j)
AS$4.2j
AS$52j

8. Phil Mickelson (Golf)
AS$53.2j (RM170.83j)
AS$5.2j
AS$48j

9. Rafael Nadal (Tenis)
AS$44.5j (RM142.89j)
AS$14.5j
AS$30j

10. Matt Ryan (Bola sepak Amerika)
AS$43.8j 
AS$42j (RM134.86j)
AS$1.8j

Skandal seks pegawai polis kanan: MyWatch dedahkan gambar dan dokumen tapi mahu jaminan Najib

NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai polis kanan.
Pengerusi NGO tersebut R Sriv Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.

"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pengkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini

"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahakn sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," kata Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.

“Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia bertindak atas maklumat," katanya.

Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi.
-malaysiakini-

15 mujahidin M'sia terbunuh di Syria bulan lalu?

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mahu pihak berkuasa Syria membuat pengesahan berhubung dakwaan rakyat Malaysia terlibat dengan mujahidin kumpulan negara Islam Iraq dan Levant, ISIL di negara itu.

Gesaan oleh Kementerian Luar itu juga turut menuntut pengesahan terhadap laporan 15 orang rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan itu terbunuh pada bulan lalu.

Wisma Putra difahamkan mengetahui mengenai dakwaan terbabit menerusi sidang media oleh wakil tetap Syria ke PBB pada 18 Jun lalu.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan," kata pihak kementerian dalam satu kenyataan semalam.