"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selsema Babi: Jururawat bertanya: ‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’

Oleh: ustnik

"h1n1Ketika isteri saya berada di sebuah klinik daerah, jururawat di situ bercakap sesama sendiri: ‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’ Memang mereka mengeluh.Dulu tak payah pakai apa-apa. Sekarang sepanjang bertugas, mulut dan hidung sentiasa ditutup. Soalnya, sehingga bila?

Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung). Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan)

Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi. Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka. Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan manusia sendiri yang melanggar perintah Allah.

Cuma bagi saya, penyakit yang menimpa samada H1N1 atau yang lain, penghujungnya paling tinggi pun adalah mati. Tidak lebih dari itu. Yang lebih penting dari kematian itu, ialah bagaimana bentuk mati itu? Mati taatkan Allah atau mati derhakakan Allah.

Pelbagai usaha juga dibuat bagi mengawal dari ditimpa H1N1. Dari solat hajat, baca Yaasin hinggalah usaha-usaha perawatan dan perubatan. Saya tertarik dengan cadangan Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Ahmad yang menyarankan sebagai satu usaha pencegahan dalam perubatan JAWI supaya diambil produk di bawah:

” Demam
Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti di bawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak , boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba di bawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. IMT – 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2.
Teh roselle – (minum terus menerus) – hingga habis sekotak.
3
. spirulina – 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4.
eq minda – minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan
daun bunga cina.

H1N1

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT – 3 x 3
2. Roselle – 5 x 3 dan teh roselle – 2 x3
3. Madu corcinium – 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac – 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.”

-tranungkite.net-

Tiada ulasan: