"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Selsema Babi: Pandirnya Menteri Kesihatan

Bekas guru

Saudara Pengarang,

Penyakit Selesema Babi atau yang diistilahkan sebagai Influenza A (H1N1) nampaknya tiada tanda akan reda.

Semakin hari semakin meningkat jumlah kematian, terbaru jumlah kematian telah meningkat lebih 40 orang.

Kalau penyakit demam denggi, akan ada susut dan naik jumlah yang terlibat tetapi dalam kes ini ia semakin konsisten. Ini mungkin disebabkan masih tiada ubat? Atau punca-punca lain?

Kenyataan Menteri Kesihatan semalam, Dato' Seri Liow Tiong Lai amat menarik perhatian saya. Sebagai seorang bekas guru, pensyarah agak menarik kenyataannya bahawa tindakan penutupan sekolah dan institusi pendidikan seperti universiti akibat penularan wabak ini hanya akan diambil sebagai langkah terakhir.

Tambahnya, "tindakan penutupan sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik.

"Pengetua sekolah bertanggungjawab untuk mencadangkan penutupan sekolah setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Jawapan mudah yang boleh disimpulkan adalah kerajaan ingin menunggu sehingga sekolah kosong baru hendak bertindak? Atau lebih mudah nak kata, kalau ramai tak pergi sekolah (mungkin sebab takut atau lebih buruk lagi ramai yang dah dijangkiti dan mati) baru nak ambil langkah sedemikian?

Apakah Menteri Kesihatan mahu atau melihat rakyat menderita dengan serangan wabak ini dan baru ingin ambil tindakan pencegahan? Dan kalau ingin mengambil tindakan, maka perlu rujuk dahhulu Pegawai Kesihatan Daerah dan selepas itu Pengarah Pendidikan Negeri pula perlu sutuju barulah sekolah akan ditutup.

Agak-agak wahai Dato' Seri, berapa ramai atau jumlah kehadiran yang perlu dinantikan oleh kerajaan?

Inikah langkah-langkah yang efisen dalam menangani penularan wabak ini? Begitu pandir nampaknya Dato' Seri.

Bekas guru, Klang.

Tiada ulasan: