"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya:Peruncit Melayu pupus: Satu Lagi Agenda Pengkhianatan Umno

Oleh Ustaz Haji Idris Ahmad

Utusan Malaysia On line 13/8/2009 melaporkan , kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.

Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.
Beliau berkata, dalam usaha menangani permasalahan itu DPMM telahpun mengusulkan cadangan dalam bentuk kertas kerja kepada kerajaan.

Katanya, kertas cadangan itu telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop empat bulan lalu.

Antara cadangan DPMM termasuk mahukan kerajaan memberi inovasi dan kreativiti baru kepada perniagaan tersebut dengan mengambil kira teras model ekonomi baru yang memberi fokus meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil.

Ini termasuk mewujudkan pusat borong bersepadu, gudang dan sistem pengurusan inventori untuk golongan berkenaan.
''Kita masih menunggu jawapan daripadanya. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, peniaga runcit akan lenyap,'' ujar beliau.
Presiden DPMM itu juga melahirkan rasa kecewa kerana para pelabur asing diberi hak untuk memonopoli perniagaan peruncitan di negara ini dalam segala aspek.

Beliau mempersoalkan kewajaran pemilik-pemilik pasar-pasar raya besar di negara ini yang dibenarkan menyewa premis dan kiosk di dalam pasar raya pada kadar yang tinggi kepada peniaga tempatan.
Syed Ali berkata, di luar negara pun, pasar-pasar raya tidak dibenarkan beroperasi di bandar besar tetapi di Malaysia hampir setiap bandar dan pekan ada pasar raya.

Komen:
-Ini satu bukti umno pengkhianat kepada amanah rakyat.
-Masalah peruncit melayu pun umno tidak boleh selesai, lebih baik jangan jadi pemimpin.

-Sekarang yang khianat kepada peruncit melayu ialah umno/bn bukan Pakatan Rakyat.
-Setelah hampir 52 tahun negara merdeka, umno gagal menaikkan taraf hidup bumi putera di negara ini, maknanya umno lebih kurang penjajah juga.

-Tentu umno menjawab bahawa umno telah berjaya melahirkan jutawan melayu. Persoalannya bukan kita fokus kepada individu umno putera, tetapi kena fokus secara keseluruhannnya, seperti yang didedahkan oleh Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas mengenai masalah peruncit melayu.

*Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

-tranungkite.net-

Tiada ulasan: