"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pendedahan Raja Petra Kamaruddin/Video klip

Hari ini ulang tahun kedua, Pengendali Blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).

Beliau ditahan selama 53 hari tanpa sebarang pertuduhan.

Pagi ini, 10 September 2009, seawal jam 8.59 pagi satu wawancara ekslusif bersama Raja Petra disebarkan secara menyeluruh menerusi talian Facebook dan juga Twitter.

Temuramah itu menjelaskan butiran dan latar belakang pengakuan bersumpah yang ditanda tangani Raja Petra pada 18 Jun 2008 berhubung matlumat yang beliau perolehi mengenai pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibuu.

Video itu boleh dicapai menerusi laman sesawang, http://www.youtube.com/watch?v=f4yE5vv73DA

Dalam temuramah itu, Raja Petra juga menceritakan pengalamannya dalam tahanan di Kem Kemunting, pandangannya terhadap perlembagaan persekutuan, Islam, pembunuhan kejam Alatntuya serta liku liku hidup beliau sebagai aktivisosial dan blogger.

Beliau dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus untuk mengisytiharkan penahanannya tidak sah.

Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati alasan penahanan yang dikeluarkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengikut Seksyen 8 ISA tidak mematuhi undang-undang.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: