"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita Indonesia didenda RM5,000 tawar khdimat seks

Farhana Yaacob
Tertuduh, Ika Sitepu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas dua pertuduhan termasuk melacurkan diri. – Foto NSTP
AYER KEROH: Seorang ibu tiga anak didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan termasuk melacurkan diri dengan menawarkan khidmat seks pada kadar RM20.

Keputusan dibuat Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Mohd Daud selepas tertuduh, Ika Sitepu, 38, warga Indonesia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah menetapkan denda RM3,000 bagi kesalahan melacurkan diri dan RM2,000 bagi kesalahan berkurung (berkhalwat) dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan lelaki bukan mahram.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan bagi kedua-dua kesalahan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melacurkan diri dengan seorang lelaki berusia 44 tahun yang bukan suaminya yang sah di sisi hukum syarak mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa berkurung dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan lelaki bukan mahram mengikut Seksyen 53(2) enakmen sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di Rumah Tumpangan Perfect, Lorong Bukit Cina, di sini, kira-kira jam 3 petang, 11 Oktober lalu.

Ketika merayu supaya hukuman diringankan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan suaminya sudah meninggal dunia dan dia mempunyai tiga anak yang perlu ditanggung di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan serta kepentingan pencegahan terhadap tertuduh dan masyarakat.

“Perbuatan tertuduh bukan sekadar membabitkan hubungan peribadi, sebaliknya membabitkan unsur pertukaran wang bagi suatu perkhidmatan yang bercanggah dengan hukum syarak,” hujahnya.

Tertuduh kemudian menjelaskan denda berkenaan.

Tiada ulasan: