"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

GM Sime Darby hadapi tuduhan rasuah

Seorang pengurus besar Sime Darby, Zamri Mohd Iderus pagi ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM99,000.

NONEZamri, 39, didakwa menerima dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 sebagai dorongan untuk menyalurkan maklumat berkaitan satu tawaran kerja pembinaan yang di subkontrak bernilai RM14,430,000, dan juga untuk satu lagi kerja subkontrak kerja-kerja pempaipan untuk Sime Darby Engineering.

Dia didakwa menerima habuan tersebeut pada bulan November 2008 di Subang Jaya.

Beliau didakwa mengikut seksyen 11, Akta Anti-Rasuah 1977 dan diberi pilihan pertuduhan mengikut seksyen 132(2)(b), Akta Syarikat 1965 kerana menyalah-gunakan maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi.

Zamri membuat pengakuan tidak bersalah dan mahkamah menetapkan ikat jamin pada RM10,000. Beliau juga diarahkan supaya menyerahkan passportnya.

Jika didapati bersalah, Zamri menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Sime Darby mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.63 bilion daripada Bahagian Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun.

azlanSemasa mengumumkan kerugian pada Mei lalu itu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti sebelum beliau kemudiannya digantikan.

Beliau kemudiannya digantikan oleh bekas pengarah Felda Holdings Datuk Mohd Bakke Salleh dalam usaha menstabilkan syarikat berkenaan.

Jun lalu, syarikat berkaitan kerajaan itu menyaksikan kerugian pada suku pertamanya sebanyak RM309 juta.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: