"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Soi Lek kena belajar Islam dengan PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Ogos:
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu belajar Islam daripada ulama PAS yang terdiri daripada ulama yang beramal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menasihatkan Soi Lek jangan belajar Islam daripada bukan ahlinya atau daripada musuh Islam.

Sehubungan itu, katanya PAS merasa simpati dengan kenyataan Soi Lek yang menyalahkan Islam kerana negara tidak maju.

“Kenyataan yang keluar daripada seorang yang kurang memahami Islam dengan lebih mendalam.

“PAS menyeru kepada beliau belajarlah Islam daripada ahlinya dan rujukan asalnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

PAS juga, katanya mengingatkan Soi Lek supaya jangan melihat orang Islam yang memimpin negara ini, sebaliknya kena mengkaji Islam daripada sumber asal.

PAS, ujarnya tidak menafikan Chua tidak faham Islam kerana bersahabat dengan pemimpin Umno yang gagal menampilkan ciri Islam yang sebenarnya.

Tentunya, kata beliau, Soi Lek keliru dengan Islam yang dihayati oleh pemimpin Umno. Berlaku kecelaruan dalam fikiran beliau, mana satukah Islam yang sebenar.

“Kenapa pemimpin yang mendakwa diri mereka Islam tetapi terlibat dengan rasuah dan berbagai skandal yang memalukan orang Islam.

“Kenapa pemimpin yang mengaku diri sebagai seorang Islam isterinya tidak menutup aurat. Inilah yang disebut oleh hukamak ‘Islam terlindung oleh orang Islam sendiri’," katanya.

Katanya, PAS yakin bukan Dr Chua sahaja yang keliru tentang Islam, kerana orang Islam gagal menampilkan Islam secara praktikal.

“Alhamdulillah PAS telah berjaya memecahkan tembok fobia terhadap Islam dalam Pakatan Rakyat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: