Hakim Datuk Azahar Mohamed dalam penghakimannya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.
Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.
Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.
Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan