"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UPM reka prototaip kereta elektrik


KUALA LUMPUR: Senario kesesakan tempat letak kereta di Putrajaya telah memberi ilham kepada sekumpulan penyelidik muda Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan sebuah kereta kompak elektrik berteknologi tinggi.

Kereta berkonsepkan futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car diharap dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta yang semakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Sazrinie Zainal Abidin, kenderaan elektrik yang mempunyai saiz menyamai kereta jenama Kancil dan kereta Smart keluaran Mercedes Benz itu mempunyai tiga tayar dengan dua tempat duduk dan mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam.

“Kami mencipta kenderaan yang serba moden. Selain soal letak kereta, kereta ini mudah dan selesa untuk dipandu dan sememangnya sangat praktikal selain berprestasi untuk dipandu di bandar seperti Putrajaya.

“Kereta ini juga mesra alam kerana tidak bergantung kepada petrol dan diesel. Bateri kereta juga mampu bertahan selama dua hari,” katanya sambil menambah kereta masa depan itu juga sesuai dipandu di kawasan berbukit.



-kosmo-

Tiada ulasan: