"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dedah Dalang Trajedi 13 Mei Dalam Sejarah-Azmin


KUALA LUMPUR, 2 DIS: Azmin Ali mencabar pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya mendedahkan dalang tragedi hitam 13 Mei dalam buku sejarah nasional.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mencabar Kerajaan Persekutuan supaya memperincikan peristiwa Umno-BN menghakis menyerang, menghakis dan mengkhianati Majlis Raja-Raja Melayu dalam matapelajaran Sejarah.

"Kalau dibaca buku sejarah, hanya pemimpin Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi peranan ulama, dan aktivis seperti Burhanuddin al-Helmy dipadamkan," tambahnya.

"Sejarah tidak boleh dipadamkan. Tidak boleh Kementerian Pendidikan mengarahkan juak-juak Umno menulis sejarah mengikut fahaman perkauman mereka yang sempit," kata Azmin.

Terdahulu pada sesi pagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen Umno yang mempertahankan ketuanan Melayu tetapi meminggirkan bahasa Kebangsaan.
-tvsnews-

Tiada ulasan: