"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Aziz sedia terima Kit Siang sebagai TPM

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz shake hand with limkit siangNik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.

"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa.

"Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri AnwarIbrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam.

Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul.

"Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur,” katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: