"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan UMNO tahun depan ditangguh 18 bulan untuk menghadapi PRU13?

Saiful Haizan Hasam
KUALA LUMPUR 30 Nov: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini membuat ketetapan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan MT yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata, penangguhan itu bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan parti selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Beliau turut menafikan penangguhan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum sebaliknya memberi alasan ia bagi membolehkan seluruh perhatian serta tenaga pemimpin dan ahli UMNO terarah kepada usaha pemantapan parti.

"Kita tidak mahu tahun depan dan berikutnya dijadikan medan pergelutan politik yang boleh timbulkan perbalahan dalam parti walaupun kita percaya ia boleh dibendung dan tidak berlaku keadaan tertekan sebagaimana parti politik lain.

"Kita nak UMNO tumpu kepada pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan model baru politik yang pernah saya umumkan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, di sini malam ini. 
-Utusan-

Tiada ulasan: