"Ini adalah duua isu yang menjadi soalan. Saya tidak pasti sama ada Abdul Gani sepatutnya menjawapnya tetapi ia bergantung kepadanya untuk memberikan respon,” katanya kepada Malaysiakini.
"Isu yang hampir sama ditimbulkan apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadat haji oleh sebuah syarikat.”
"Ramai juga yang berada di sana, bukan hanya Abdul Gani, dan ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu,” katanya.
Ditanya kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan mengakibatkan “tiada tindakan” ke atas Tajuddin, Ragunath menolaknya dan berkata ia cuma khabar angin.
Abdul Gani dan Shahidan enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan