"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu cukai tanah UUM: 11 fakta yang perlu diketahui

AZAMIN AMIN
Satu isu yang cuba dimomokkan media arus perdana dan pemimpin BN ialah betapa kerajaan negeri didakwa seolah-olah tidak prihatin soal kebajikan dan pendidikan, yang dimainkan melalui isu cukai tanah Universiti Utara Malaysia.
Kerana menolak rayuan untuk rebet sehingga RM100,000, kerajaan negeri dilihat menekan UUM dengan jumlah cukai tanah yang mencecah RM1.7 juta dan terus dilabel sebagai tidak bertanggungjawab sedangkan fakta dan realiti sebenarnya memperlihatkan sebaliknya.

Isu ini, digembar-gemburkan kerana sikap BN yang tidak pernah senang dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Azizan dan merupakan proses biasa dalam usaha untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri yang sudah melangkau tiga tahun lebih pentadbirannya.
Tanpa ulasan penjang, rakyat boleh menilai sendiri hujah karut yang menuduh kerajaan negeri dengan aneka tohmahan yang tidak berasas dengan berpandukan fakta berikut:

1.UUM telah menikmati rebet selama dua tahun (2006-2008) berjumlah RM100,000 berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar.

2. UUM telah membayar kadar penuh bagi tahun 2009 dan 2010 tetapi pada tahun ini meminta rebet untuk tempoh lima tahun lagi.

3. Cukai tanah UUM adalah yang termurah bagi IPTA di Utara Semenanjung iaitu 20 sen bagi satu meter persegi,menurut sumber Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

4. UiTM Merbok, Sungai Petani dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, Universiti Saind Malaysia Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi.

5. Kerajaan Negeri telah menurunkan cukai tanah antara 30 sehingga 70 peratus ketika mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan sejak 2008 lalu dan telah 'rugi' sekitar RM50 juta setahun. Kerajaan Negeri tidak pernah menaikkan cukai tanah sebaliknya, isu cukai UUM ialah 'kembali' kepada kadar asal setelah diberi rebet selama dua tahun.

6.Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta dan hasil itu, boleh diguna pakai untuk mebayar cukai tanah sejumlah RM1.7 juta.

7. Jika diberi rebet selama 5 tahun lagi, kerajaan negeri kehilangan hasil sebanyak RM8 juta.

8. Kerajaan Persekutuan membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri setiap tahun berjumlah RM31 juta yang mana menempatkan bangunan agensi kerajaan seperti bangunan bomba, polis termasuk juga bangunan IPTA yang dibangunkan atas tanah kerajaan negeri. Ini bukan sahaja melibatkan negeri kedah tetapi seluruh negara.

Selain itu, kerajaan negeri telah membuktikan keprihatinannya berhubung soal pendidikan dan ini dapat dilihat daripada pendekatan yang telah dilakukan namun tidak dilaporkan sebaiknya oleh media.

9. Kerajaan Kedah telah menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut melibatkan hampir 800 pelajar.

10. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan wang saguhati kepada para pelajar anak negeri ini yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dan Diploma.Sejumlah RM751,000  akan diberikan  kepada  seramai 2,298 pelajar Institusi Pengajian Tinggi, iaitu sebanyak RM400 untuk Ijazah dan RM200 untuk Diploma.

11. Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil telah dibina dengan kos RM330 juta bagi menempatkan 7,000 penuntut yang mengikuti 42 jurusan yang ditawarkan.

12. Kerajaan Negeri telah membantu menyelesaikan hutang tertunggak bil utili 21 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berjumlah RM200,000 yang kini tidak dibantu Kementerian Pendidikan.

13. Kerajaan Negeri telah memberi bantuan berjumlah RM2.2 juta bermula pada tahun 2009 hingga 2011 kepada Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) yang menggabungkan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pondok yang tidak  mendapat bantuan dari mana-mana pihak.

14.Kerajaan Negeri juga memberi peruntukan sejumlah RM180,000 setiap tahun kepada sekolah kebangsaan Cina persendirian di negeri ini.

Justeru, rakyat boleh menilai setahap mana usaha dan kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan dalam meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini khususnya demi memastikan kualiti hidup rakyat serta anak-anak Kedah berada dalam keadaan terbaik dan isu cukai tanah UUM, bukanlah sesuatu yang boleh dipolemikkan untuk menutup kejayaan kerajaan negeri kedah ini.
----------
Zahirkan sokongan anda kepada Dato' Seri Dr Judin A Karim yang teraniaya, yang dipindahkan ke CIDB daripada jawatannya sebagai Ketua Pengarah JKR, dalam facebook Sokong Judin Karim
-detikdaily-

Tiada ulasan: