"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Johari Abdul hendak cakap apa di Mersing?

21Halim 
Jika angin baik dan cuaca molek, PASTI Al Iman di Mersing Kanan akan dikunjungi oleh Dato' Johari Abdul, MP Sungai Petani. PAS Mersing mengundang beliau bagi sesi ceramah pada Rabu, 18 Mei 2011 ini, jam 9.00 malam. 

Kita tentu maklum bahawa beliau adalah di antara orang yang terawal diajak menonton video seks milik Dato' T. Lalu kehadiran beliau berkemungkinan menjadikan video seks itu sebagai maudhu' ceramah beliau.

Penulis rasa tidak sabar menunggu hari tersebut. Mudah-mudahan tiada hujan tiada ribut dan permohonan permit tidak tersangkut. Selain itu mohon disediakan kerusi yang cukup agar tidak penat berdiri dan tidak perlu berebut.

Beliau akan berceramah bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor yang baru iaitu Ustaz Mohd Azam Abd Razak, TYDP PAS Mersing. Setelah beberapa bulan menyepi PAS Mersing mengocak lagi persekitaran politik Mersing.

Dua minggu lepas Muhyiddin datang ke Mersing merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Mersing. Sempena lawatan tersebut beliau mengambil kesempatan meniup motivasi kepada petugas UMNO. Dr Latif tersenyum apabila Muhyiddin mengambil kesempatan memperkehkan Anwar Ibrahim.

Ketika isu video seks makin berserabut, UMNO mainkan pula isu agama. Dan dicelah-celah isu ini tiba-tiba harga gula dinaikkan 20 sen menggunakan alasan rasionalisasi.

Adakah Dato Johari akan ulas isu gula dan isu Kristian jadi agama rasmi? Entahlah. Apakah gimik ceramah pada malam itu? Penulis harap PAS Mersing buatlah apa-apa agar lebih ramai orang akan datang.

Walau bagaimanapun, marilah datang ke Mersing kita sama-sama dengar apa yang beliau akan perkatakan. Sekiranya audien ramai tentu majlis ceramah di tepian Sungai Mersing itu makin seronok.

Tiada ulasan: