"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy Naik Melalui Batang Pisang

Mohd Sayuti Omar


KHAIRY Jamaluddin ketua pemuda yang tidak ditiktiraf oleh bekas Presiden Umno tetapi disanjung hebat oleh salah seorang peserta di Bualbicara dengan bloger dan facebooker di Balai Islam Khamis lalu di Kota Baru, semakin tidak ikhtiraf. Cabaran Khairy untuk berdebat dengan Mat Sabu berkenaan siapa hero kemerdekaan sebenar tidak dipedulikan oleh pemimpin Umno lain.


Bukan saja pemimpin peringkat Naib Presiden, ketua pemuda kawasan atau cawangan juga tidak memberi sokongan atas kehendak Khairy itu.

Tidak ada siapa yang memberi sokongan moral kepadanya. Modal politik yang dijual Khairy untuk menggilapkan dirinya sudah tidak dihirau oleh sesiapa dalam Umno.

Kasian kepada menantu bekas perdana menteri ini. Rasanya banyak usaha dia cuba memecahkan kebuntutan itu namun masih belum tidak terpecah. Minda beku kalangan pemuda Umno yang diinjekkan sejenis kimia oleh Dr Mahathir terus kekal menjajah pemuda Umno menjadi lesu kepada Khairy Jamaluddin. Apa lagi naibnya memandang Khairy seperti sebut hitam yang halus.

Mat Sabu pula hari ini melepaskan cabaran Khairy untuk berdebat itu kepada pemuda. Khairy marah betul dengan tindakan Mat Sabu itu dengan mengherdik Mat Sabu tidak bertanggungjawab dan bacul. Sekali lagi perasaan kesian saya timbul kepada Khairy. Dia tidak tahu dengan apa yang berlaku itu menunjukkan beliau bukan saja tidak diiktiraf oleh Mahathir tetapi Mat Sabu juga tidak iktiraf kedudukan Khairy sebagai ketua pemuda Umno. Kalau tidak diikhitar macam mana hendak merdeka?

Sudah saya kata tidak ada guna Khairy bercakap mengenai komunis. Dia lebih baik menghitung nasib dan masa depannya di Rembau. Sepatutnya apa yang berlaku Khairy sedar dan insaf jangan cuba menjadi jaguh lagi kerana tempoh kita sudah pun hampir expired.

Sudah sukar untuk Khairy menjadi hero di dalam Umno. Hanya ada satu cara dan kaedah saja - seperti mana yang pernah saya sarankan, Khairy kena lari masuk sebelah sini. Itupun belum tahu lagi orang PKR atau Pas sedia menerima Khairy. Kalau Khairy bercadang untuk berbuat begitu menjelang pilhan raya dan tiba-tiba beliau dihalau oleh Pas dan PKR, tersangatlah malang nasib Khairy Jamaluddin. Kalau pun Pas dan PKR sedia menerima Khairy mungkin hanya untuk dijadikan berut panjat kepala dan pinang saja.

Ketika ini Khairy kena insaf dan orang lain juga kena insaf dalam dunia politik Malaysia tidak semestinya seseorang yang berani, berotak berllian dan berpandangan jauh itu akan diterima dan disanjung. Inilah liku-liku politik sebenarnya. Dalam politik orang bodoh, sekolah tidak tinggi boleh memanjat sampai ke atas - sampai jadi menteri kalau ianya pandai membodek. Orang cerdik tidak semestinya berjaya.

Pada saya Khairy dalam Umno tidak ubah seperti Hang Nadim yang bijak tetapi kebijaksaannya tidak diikhtiraf. Barang kali begitulah kalau kita naik menerusi batang pisang. Khairy menang ketua pemuda menerusi batang pisang, seperti juga Hang Nadim. Hang Nading dikatakan bijak sehingga digeruni raja apabila mempertahankan Singapura dari diserang todak dengan batang pisang.

Begitu juga dengan Khairy jadi ketua pemuda dengan 'merukah' - memanjat batang pisang bernama Abdullah Badawi yang ketika itu jadi perdana menteri. Jatuh dan tumbang batang pisang maka jatuh dan tumbanglah di pemanjatnya. Haa... cheee....! Selesemalah.

Tiada ulasan: