"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ramai ahli PAS keluar parti dalam masa terdekat

Sofi Wahab
Saya yakin lebih ramai ahli PAS akan keluar parti dalam masa terdekat. Terbaru semalam lebih 50 ahli PAS Padang Terap bertindak menyertai Umno kerana tidak berpuashati dengan kenyataan Mohammad Sabu yang kononnya menyanjnng komunis dan menghina Polis.

Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang hari ini.

Wakil mereka, Ismail Abdullah,60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu."Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.Sementara itu, Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.

Namun tuan-puan jangan terkejut sekiranya ahli PAS ialah ahli PAS palsu yang diupah oleh Umno. Kadang-kadang mereka ini adalah ahli Umno, penyokong Umno, bekas ahli PAS yang telah lama keluar PAS, orang atas pagar dan sebagainya yang ditipu oleh Umno supaya mengaku menjadi ahli PAS dan diberi habuan untuk berlakon.

Taktik ini adalah taktik lama yang diulangtayang oleh Umno lebih-lebih menjelang pilihanraya umum. Kita tidak hairan sekiranya selepas lebih ramai lagi 'pelakon' seumpama ini akan muncul. Jika hendak benar perkara ini berlaku saya kira di Kedah hanya tinggal Ustaz Azizan Razak sahaja orang PAS sebab ribuan ahli PAS Kedah telah 'keluar parti' sejak tahun 2008.

Inilah gaya politik lama Umno yang masih mengamalkan cara berpolitik tahun 60-an, 70-an yang ketinggalan zaman

(DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP  MENCABAR UMNO PADANG TERAP YANG DI KETUAI Dato Seri Mahdzir Khalid UNTUK MENYENARAIKAN KESEMUA 50 AHLI - AHLI PAS YANG MNYERTAI UMNO SEPERTI YANG DIBERITAKAN BERNAMA INI...TAKUTLAH ALLAH..MENIPU ADALAH HARAM DISISI ISLAM )

Tiada ulasan: