"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pru 13- Kenapa Najib Pilih Februari 2012 ?

Musli Oli

Saya membuat dua ramalan dalam Facebook.Pertama tarikh PRU jatuh pada tanggal 25hb February 2012. Kedua, jumlah kerusi parti-parti politik yang bertanding. Posting ini mendapat 67 komen dalam beberapa jam sahaja.


Bulan Februari adalah bulan sesuai mengadakan PRU kerana kaum Cina masih dalam festive mood! PM kita begitu mengambil berat sentimen dan perasaan pengundi Cina.

Ramai pemerhati politik meramal November 2011 hingga November 2012. PRU 13 tidak akan diadakan selepas November 2012 kerana negara tidak pernah adakan PRU selepas pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.

Bajet 2012 akan dibentang pada 14 Oktober dan perbahasan dijadual selama tiga minggu. Selepas itu diikuti persidangan tahunan UMNO (30 Nov – 3 Disember). Atas alasan itu saya tidak menjangka PRU pada November. Kemungkinan boleh berlaku pada Disember iaitu sebaik sahaja tamat persidangan UMNO.

Dato Najib boleh mengumum pembubaran Dewan Rakyat semasa menggulung perbahasan yang tentunya boleh meniup semangat para perwakilan UMNO yang akan balik ke bahagian masing-masing. Tarikh PRU boleh diadakan pada minggu kedua atau ketiga Disember. Tarikh itu tidak bercanggah dengan perayaan Krismas.

Namun saya merasakan tempoh bulan Disember agak singkat kerana kemungkinan tempoh persidangan dewan rakyat membahas Bajet 2012 akan bersambung sehingga minggu kedua Disember.

Saya tidak memilih bulan January kerana permulaan tahun yang selalunya agak sibuk. Tambahan pula kaum Cina sedang membuat persiapan menyambut Gong Xi Fa Chai.

Bermula bulan Mac 2012 cawangan-cawangan UMNO seluruh negara akan mula bersidang. Ia mungkin berlangsung hingga Ogos. Mengikut perlembagaan baru UMNO, cadangan calon-calon sudah bermula diperingkat ini. Amat tidak sesuai adakan PRU ketika ahli-ahli lebih fokus kepada memenangkan calon-calon MKT bukan memenangkan parti.

PRU yang ke 13 diadakan pada 8 Mac 2008. Bulan Mac adalah bulan celaka kepada BN. Sudah tentu Dato Najib tidak akan memilih bulan Mac untuk membezakan dirinya dari Pak Lah!

Maka itu saya memilih Februari sebagai tarikh yang amat sesuai menjadi pilihan Dato Sri Najib mengadakan PRU ke 13

Tiada ulasan: