"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amuk: 'Imam Mahadi' peminat Awie

Dalam blog Khalil Affandi Abdul Hamid yang diberi nama jayanegara1234.blogspot.com terdapat 17 artikel yang ditulisnya. Dia mula menulis di blognya itu sejak 4 Jun lalu.

Entri terbaru blognya yang ditulis pada 30 Jun lalu yang bertajuk HIDUP DAN MATI..apa dipertaruhkan yang turut memaparkan kejadian tsunami yang melanda beberapa negara pada 2004.

Dalam entri blognya yang bertajuk UJIAN UNTUK JIWA....... eh! dah bermula ke. Bila? Yang ditulis pada 21 Jun lalu dia turut mengaku meminati penyanyi lagenda rock tanah air, Awie.

“Aku ni kira-kiranya peminat Awie. Manakan tidak.... itu aja pun makanan aku masa dulu. Kini Awie dah kira ‘living legend’. Mantop!

“Kita tinggalkan Awie.... apa-apa pun terima kasih Awie kerana memberi hiburan pada aku tatkala perjuangan rasa macam hambar. Layan la.... lagu Awie la pulak. Zaman ini dah ku lalui... Awie kekal Awie,” katanya.

Di laman Facebook miliknya yang juga diberikan nama Jaya Negara dia menulis sedikit profil peribadi iaitu pernah belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan dan bekerja sendiri sebagai pembuat landskap di Seri Kembangan.

Dengan hanya memiliki 16 orang rakan yang kebanyakannya bukan dalam kalangan kaum Melayu, Khalil Affendi dilihat lebih gemar mengetengahkan isu dalam negara di laman sosialnya itu.

Khalil Affandi mula menulis di Facebooknya pada 23 Mei 2012, berkaitan berita daripada portal Malaysiakini mengenai tapak niaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga.

Entri terakhir yang ditulis di Facebooknya ialah pada 5 Julai lalu mengenai artikel yang juga ditulis portal berita Malaysiakini berkaitan Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tiada ulasan: