tokpepijat
Setelah menulis 64 artikel tentang Sultan Johor dan Kerabatnya, akhirnya Syed Abdullah putera Syed Hussien ditahan polis.
Mengapa tunggu hingga 64 artikel baru ditahan pemilik blog Uncle Seekers? Mengapa puas Sultan Johor "ditelanjangi" baru diambil tindakan?
Mengapa didakwa atas akta OSA (dokumen sulit), tidak dibawah akta hasutan? Dan terkini polis keluar kenyataan tentang dadah dalam tubuh Uncle Seekers. Apa kaitan dadah dengan isu yang ditimbulkan oleh Pencari Hantu itu dalam blognya?
Adakah polis mahu tunjukkan bahawa Uncle Seekers menulis dalam keadaan khayal dadah? Mampukan individu yang berada dalam mabuk dadah cari bukti dengan dokumen-dokumen sulit?
Nasib baik polis tidak takrifkan Uncle Seekers dalam kategori kurang waras dan disumbat dalam wad Hospital Tampoi!
Siapakah Uncle Seekers?
Namanya mula "naik glamour" apabila cintanya dengan bekas Permaisuri Agong dihalang. Pelbagai versi artikel dikeluarkan oleh beliau mengenai isu ini. Hingga babitkan mahkamah dan saman menyaman.Kesnya senyap hingga kini. Tiada perkembangan terkini.
Tiba-tiba nama dan blognya meletup hingga mencapai 10 juta pengunjung apabila beliau lancarkan " Perang Dunia Ketiga " keatas Sultan Johor dan kerabatnya.
Segalanya diaibkan bermula dengan Sultan Johor, Tengku Mahkota, Peguam Negara dan Ketua Polis Johor.
Sultan digelarnya Ku Yem, Tengku Mahkota digelarnya Mail dan Ketua Polis sebagai Hang Mokhtar. Tiada hormatnya pada mereka yang bergelar dan berpangkat itu. Mengapa?
Mengapa begitu "murka"nya Uncle Seekers terhadap Istana Johor? Inilah persoalan yang timbul di mata rakyat?
Begitu berani beliau mengaibkan Sultannya sendiri. Hingga Tengku Mahkota menggelarnya "anjing yang menyalak" dalam twitternya
Adakah ada orang dibelakangnya? Apa motifnya begitu bersungguh beliau "berperang" dengan Istana Johor.?
Bandingkan dengan isu Nizar dengan nombor plat WWW 1. Nizar sekadar menulis tentang duit beli WWW 1. Tidak disebut sepatahpun nama Sultan jauh sekali panggil nama Ku Yem.
Kesannya, Sultan sampai murka dan polis Johor dengan pantas sepantas "concorde" menyerbu pejabat Nizar.
Tapi bagaimana dengan blog putera Syed Hussien anak kelahiran Johor berketurunan ulama yang sampai 64 artikel menghina dan "melondehkan Istana Johor" baru polis bertindak?
Inilah menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi rakyat.
Apapun, artikel Dr Asri Zainal Abidin perlu dibaca untuk kita bersikap adil ..http://www.malaysiakini.com/news/202843
Dan kita perlukan pastikan dua perkara :
1) Keselamatan Uncle Seekers selamat dalam tahanan reman.
2) Bawa Uncle Seekers ke mahkamah untuk didakwa atas kes menghina Institusi Raja.
nota : blog Uncle Seekers sudah tidak dapat dilayari lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan