"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin lahirkan anak semasa majlis perkahwinan

ANGERS: Sebuah majlis perkahwinan di barat Perancis gempar selepas pengantin perempuan melahirkan anak sejurus selepas melafazkan ikrar perkahwinan.

Datuk Bandar Jallais, Jean-Robert Gachet berkata, majlis pada Sabtu lalu itu hampir dibatalkan selepas bakal pengantin tersebut menunjukkan tanda-tanda seperti mahu bersalin walaupun tarikh sebenar adalah pada Sabtu ini.

Difahamkan, ibu dan bayi itu kini berada dalam keadaan baik.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau kat Malaysia, lahirkan anak dahulu baru jadi pengantin.