"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah muntah BIRU di DUN Kijal, DUN Mat Said.

senik

Assalamualaikum,, Alkisah diceritakan oleh petugas PAS di peti undi Sri Bandi, di DUN Kijal. Ketika hari mengundi wanita wanita UMNO yang bertugas melaungkan muntah BIRUlah hari ini lalu dijawab oleh Muslimah PAS, dok muntah BIRU bakpanya, wat masuk hantu! Inilah gambaran mengenai sikap wanita UMNO warga Malaysia yang sah bersubahat dengan Mat Said membawa ribuan warga asing yang sepatutnya tiada hak mengundi. Barangkali kalau Mat Said mahu jual Malaysiapun dia orang sokong, patutlah dibawa dengan lori macam lembu! Mungkin ada orang kata PAS dok rok cetong kerana gagal menahan warga asing mengundi tetapi hakikatnya bukan kerja PAS untuk menghalau hantu.

Sepatutnya sebagai warga yang bertanggungjawab dan sayangkan negara, UMNO tidak sepatutnya membawa masuk warga asing yang tidak berhak. Tetapi oleh kerana UMNO dah buat kerja itu, maka semcam menjadi tugas PAS untuk menghalang walaupun undang undang yang dibuat UMNO tidak mengizinkannya. Untuk rekod pada tahun 2008 ada petugas PAS DUN Kijal ditangkap polis dan dimasukan dalam lokap di malam hari mengundi kerana menahan hantu yang masuk ke DUNnya.

Ini menjadikan kerja petugas PAS semakin sukar dan di kawasan seperti Sri Bandi di mana sukarelawan PAS kebanyakannya terdiri dari Muslimah, apa yang dapat mereka lakukan? Di sinilah lubuk Mat Said untuk menang sejak PRU 11 lagi. Kali ini Mat Said benar benar muntah BIRU apabila memperolehi majoriti 4k lebih. Malah Mat Said diberitakan berkampung di sana sepanjang hari mengundi untuk memastikan semua hantunya dapat mengundi, hantu hantu yang cuma tahu cakap BN sahaja kepada semua soalan yang diajukan kepada mereka. Bijak Mat Said menjadi MB kerana hantu belaannya.

Cerita di atas bukan cerita dongeng tapi cerita benar yang dceritakan sendiri oleh petugas PAS di peti undi tersebut. Wanita UMNO yang sudah dilembukan hilang harga diri dan rasa sayang kepada negara semata mata untuk melihat Mat Said menang dan terus jadi MB walaupun MB hantu. Muntah BIRU jadi kenyataan dan Mat Said terus mengkianati pilihan pengundi Kijal yang pernah menolak dia pada tahun 1999 ketika daftar undi masih bersih.

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Nasi dah jadi bubur....kalau dah tahu pengundi hantu ada sejak PRU11, mengapa tiada perancangan tentang cara-cara nak atasi masalah pengundi hantu? Atau masa yang panjang dihabiskan untuk berangan-angan menang saja sedangkan usaha untuk capai kemenangan tidak diambil berat atau langsung tidak dibuat! Bila PRU13 datang barulah panik dan mulalah mencari alasan untuk tidak menampakkan kelemahan bahawa yang sebenarnya jentera PAS kawasan dan negeri tak buat kerja! Sebenarnya kekalahan PAS dibanyak tempat telah menyumbang secara 'significant' kepada kegagalan PR untuk ke Putrajaya! PAS Terengganu ni banyak bercakap tapi kerja kurang! Banyak nak ber UG!