"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tolak jawatan kabinet cetus perbalahan besar dalam MCA?

Lee Way Loon
NONE
ANALISIS Walaupun ketiadaan wakil MCA dalam kabinet baru sudahpun dijangka, tetapi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu, boleh menjadi permulaan tercetusnya kemelut baru dalam MCA.

Parti komponen BN yang berasaskan kaum Cina itu bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, tetapi hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN.

Ekoran kekalahan teruk itu, MCA mengumumkan ia akan berpegang kepada keputusannya untuk tidak menerima apa-apa jawatan dalam kerajaan, selaras dengan resolusi parti itu dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 2011 dan 2012.

NONEBagaimanapun, ramai percaya bahawa MCA akan kembali menyertai kabinet jika Datuk Seri Chua Soi Lek (kanan dalam gambar) disingkirkan oleh pesaingnya, yang meletakkan punca kekalahan parti itu serta resolusi AGM tersebut di bahu presiden MCA itu.

Malah Najib sudah menjangka perkara itu dengan 'menyimpan' jawatan menteri pengangkutan untuk MCA. Buat masa ini jawatan itu dipangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga MCA menyelesaikan isu tersebut.

Ini dilihat sebagai tanda-tanda yang menunjukkan bahawa MCA akan mengubah resolusi AGM itu.

MCA akan mengadakan pemilihan parti akhir tahun ini. Dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Ong Ka Chuan menang dalam PRU13, maka ketiga-tiga Ahli Parlimen boleh bergabung untuk mencabar kedudukan Chua.

llg chinese forum 110511 phoon wing keong
Dalam temu bual dengan , ahli sains politik Phoon Wing Keong  berkata, jika Chua tetap bertegas supaya pemimpin parti itu menolak jawatan kerajaan, ia akan meningkatkan kemelut dalam parti itu.


"Saya percaya ahli Parlimen MCA yang lain tidak akan menerima ini. Jika Chua tetap bertegas, maka agenda utama bagi pemilihan parti itu ialah sama ada MCA perlu kembali kepada kabinet," katanya.

llg chinese forum 110511 phoon wing keongBagaimanapun, walaupun jika MCA kembali menyertai kabinet, tetapi ia tidak mungkin dapat mengekalkan jawatan empat menteri dan tujuh jawatan menteri dalam kabinet sebelumnya.

Dalam senarai kabinet baru yang diumumkan oleh Najib minggu ini, hanya satu jawatan menteri telah disimpan untuk MCA.

Cakap-cakap terbaru menunjukkan bahawa BN juga telah menyimpan satu atau dua jawatan timbalan menteri untuk parti berasaskan kaum Cina itu.

Siapa yang peduli?

Apa pun keputusannya, sama ada MCA menyertai semula kabinet atau tidak, ia tidak lagi menjadi perkara yang merisaukan orang ramai, khususnya masyarakat Cina.

Phoon berkata kecuali bagi sesetengah persatuan atau syarikat
Cina, masyarakat Cina tidak gelisah dengan ketiadaan menteri MCA dalam kabinet.

"Orang ramai merasakan bahawa (jika ada) menteri Cina pun, (mereka) tidak akan dapat mengubah dasar-dasar kerajaan yang tidak adil.

NONE
"Tetapi bagi banyak persatuan dan syarikat Cina, mereka masih boleh mendapatkan beberapa sumber dari kementerian, seperti dana atau kemudahan lain," kata Phoon.


Seorang lagi pengulas, Tang Ah Chai (kanan) pula berkata, Najib mungkin mahu menyampaikan mesej - bahawa kerajaan BN boleh terus berfungsi walaupun tanpa MCA menjadi sebahagian daripada kerajaan.

"Jika kabinet baru dan kerajaan dapat fungsi dengan baik, maka masa depan MCA akan menjadi lebih tidak menentu kerana ia tidak lagi dilihat sebagai penting dalam parti pemerintah," kata Tang, yang juga ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala.

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

MCA....lu patut tutup lu punya kedai ma....lu punya servis sama lu punya barang sama standard dengan itu UMNO punya barang dan servis! Takda standard dan takda kualiti! Rakyat cina ka,melayu ka atau india ka..semua takmau beli barang 'substandard' atau barang rasuah,servis bodek! MCA sama gerakan....lebih baik lu tutup kedai kalau tidak lu lagi banyak rugi! Baik lu buat satu 'sinergi' baru, kasi buang itu CSL dan JV dengan DAP supaya lu punya pemimpin ada 'value added' ma! Amacam? Ada berani kah?